Syukur ke hadhrat Ilahi kerana saya masih berpeluang utuk menulis ilmu yang telah saya pelajari bersama rakan-rakan yang disayangi ini.Alhamdulillah,kali ini sudah memasuki minggu yang ke 13..pejam celik,dirasakan terlalu sekejap pembelajaran saya pada semester pertama ini.Walaubagaimanapun,alhamdulillah,kerana saya dapat mempelajari banyak perkara baharu ^_^
Akhir2 ini,tugasan yang diberikan oleh Dr Mazalah lebih banyak daripada biasa,..hahhahah...Kesannya,ramai antara kami yang tidak faham tentang tugasan tersebut.Namun begitu,tugasan yang telah di berikan perlulah dilakukan dengan sempurna.
Chaiyok2 !!!! ^=^
Pada minggu ke 13 ini,Dr Mazalah telah memberikan tugasan untuk membuat pembentangan dengan menggunakan Google docs.Tugasan kali ini juga merupakan tugasan secara berkumpulan.Kami membuat tugasan ini dengan menggunakan tajuk KEMAHIRAN BERFIKIR DAN ICT.Dalam tugasan kali ini,format telah ditetapkan oleh Dr Mazalah sendiri.Antaranya perlu ada latar belakang kajian,objektif kajian,persoalan kajian,dapatan kajian dan seterusnya rumusan terhadap kajian tersebut.
Baiklah,tugasan seterusnya pula ialah kami dikehendaki membuat power point berkenaan pembelajaran kami sepanjang semester ini.Tugasan ini perlu dibuat menggunakan MICROSOFT POWERPOINT.Kami perlu memasukkan segala link yang berkaitan dengan pembelajaran kami .Tugasan ini merupakan tugasan individu.
Dua tugasan tersebut perlu dihantar pada minggu ke 14 iaitu minggu terakhir pada semester ini.Saya dan kawan-kawan yang lain terlalu berharap bahawa tugasan tersebut akan diterima oleh Dr Mazalah dan seterusnya semoga segalanya akan berjalan lancar.
Baikalah,setakat ini sahajalah perkongsian saya pada minggu ini.Diharap anda tidak bosan dalam menerokai ilmu yang sangat luas kini.Assalamualaikum dan ketemu lagi di entri yang lain. ^_^



No comments:
Post a Comment